Tuesday, March 1, 2011

Sinar suluh tanda berakhir derita gelita

Awal 2011,tahun baru yang penuh gempita derita apabila negeri anbiyak,Mesir bergolak atas desakan rakyatnya yang kurang berpuas hati terhadap kepimpinan mereka sendiri.Ia adalah satu khabar yang pastinya menggemparkan jiwa penuntut ilmu addiniah di alam sejagat masa kini.Hal seperti ini pastinya secara langsung melibatkan reaksi penuntut ilmu keUgamaan di sana sehingga lebih 7000 penuntut Malaysia di negara itu seolah kedengaran suara-suara halus daripada orang-orang tersayang memanggil pulang ke pangkuan.

Penulis memohon maaf atas kekurangan maklumat untuk di utarakan di ruangan ini kerana penulis telah berada di Malaysia ketika peristiwa penuh sejarah ini berlaku.Antara hal yang menjadi tarikan di kalbu penulis untuk lakaran ini adalah disebabkan kebimbangan hati penulis terhadap seorang saudara kandung penulis (perempuan) yang tega untuk tidak pulang ke pangkuan penulis.

Alhamdulilah hamdan kathiran.Keteguhan hati saudara penulis yang berhati jitu dengan pengamatannya yang amat membanggakan telah memberikan inspirasi terhadap penulis di sini iaitu tiada suatu apa pun yang akan menimpa kita melainkan apa-apa yang telah berlaku (tertulis) pada ketetapan ilmuNya.Amiin.

Di sini dan selamanya penulis mendoakan keselamatan sahabat-sahabat yang akan kembali semula ke Mesir untuk berada di majlis penuh barakah bersama-sama syeikhuna yang di kasihi,sehingga berkekalanlah keamanan kami dalam meneruskan perjuangan Rasulullah dan sahabat-sahabatnya serta semua yang menjejaki jalanan ini hingga ke hari yang yang dijanjikan nanti.Amiin Ya Mujiibas saai'liinas shodiqiin.

No comments:

Post a Comment