Friday, March 4, 2011

Pengakuan Syahadah

Aku bersaksi tiasa tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan nabi Muhamad s.a.w adalah pesuruh Allah.Antara syarat SAH pengakuan ini ialah apabila kalimah ini dimulakn dengan menyatakan 'aku bersaksi..'.Tidak memadai hanya dimulakan dengan 'tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah.Dan lagi TIDAK sah apabila pengakuan ini hanya dengan syahadah Allah tanpa syahadah rasulnya,hendaklah kalimah ini diungkapkan berturut-turut tanpa diselangi dengan lain-lain ungkapan.

Apabila datang seseorang kepada kita menyatakan hasrat untuk memeluk agama Islam,wajiblah diajarkan dua kalimah syahadah ini kepadanya dengan disertakan pengetahuan tentang sah suatu syahadah bagi pihak yang mengajarkannya.Tidak boleh ditanggguhkan pengakuan syahadah ini walaupun sekejap seumpama ingin membawanya ke Jabatan Agama Islam untuk menyatakan hasrat memeluk agama Islam.Wajib diajarkan seketika itu juga bagi mengelakan berbalik hati kerana kesusahan dalam memeluk agama Islam.Apabila pengakuan syahadah telah dibuat dengan memenuhi syarat-syarat,maka sah pengakuan itu.

Dari bermula sah Islamnya,maka wajib bagi pihak saudara memenuhi keperluan saudara baru.Wajib memberi perlindungan terhadap:
1)Darah
2)Harta dan Maruah
3)Keluarga serta menyediakan keperluan mereka.Wallahua'lam.

Tuesday, March 1, 2011

Sinar suluh tanda berakhir derita gelita

Awal 2011,tahun baru yang penuh gempita derita apabila negeri anbiyak,Mesir bergolak atas desakan rakyatnya yang kurang berpuas hati terhadap kepimpinan mereka sendiri.Ia adalah satu khabar yang pastinya menggemparkan jiwa penuntut ilmu addiniah di alam sejagat masa kini.Hal seperti ini pastinya secara langsung melibatkan reaksi penuntut ilmu keUgamaan di sana sehingga lebih 7000 penuntut Malaysia di negara itu seolah kedengaran suara-suara halus daripada orang-orang tersayang memanggil pulang ke pangkuan.

Penulis memohon maaf atas kekurangan maklumat untuk di utarakan di ruangan ini kerana penulis telah berada di Malaysia ketika peristiwa penuh sejarah ini berlaku.Antara hal yang menjadi tarikan di kalbu penulis untuk lakaran ini adalah disebabkan kebimbangan hati penulis terhadap seorang saudara kandung penulis (perempuan) yang tega untuk tidak pulang ke pangkuan penulis.

Alhamdulilah hamdan kathiran.Keteguhan hati saudara penulis yang berhati jitu dengan pengamatannya yang amat membanggakan telah memberikan inspirasi terhadap penulis di sini iaitu tiada suatu apa pun yang akan menimpa kita melainkan apa-apa yang telah berlaku (tertulis) pada ketetapan ilmuNya.Amiin.

Di sini dan selamanya penulis mendoakan keselamatan sahabat-sahabat yang akan kembali semula ke Mesir untuk berada di majlis penuh barakah bersama-sama syeikhuna yang di kasihi,sehingga berkekalanlah keamanan kami dalam meneruskan perjuangan Rasulullah dan sahabat-sahabatnya serta semua yang menjejaki jalanan ini hingga ke hari yang yang dijanjikan nanti.Amiin Ya Mujiibas saai'liinas shodiqiin.