Friday, October 16, 2009

Dengan Nama Allah Yang Bermurahan Kasih Dan Sayang

Ku utarakan pohonan kemaafan terlebih awal dalam perbicaraan pertama ini,semoga keberkatan dilimpahkan atas sekalian kaum muslimin.Umat yang dirahmati.Amin Ya Rabb.

Salam perkenalan salam bi hibbillah dari ku untuk kawan,sahabat dan ahli keluarga semua.
ku belajar ceburi dalam blog ini dari kawan seperjuangan setelah terdetik di hati atas dasar rasa ingin berkongsi maklumat dan pendapat serta membuat analisis terhadap beberapa perkara yang berlaku.

Esok,17 okt 2009,tarikh penting bagi semua student Malaysia di Cairo dalam menghulur kaki ke satu medan yang pernah menjadi wadah perjuangan para sahabat ridzuannullahi alaihim aj'main, iaitu medan pembacaan kutub as Sittah yang akan diadakan di ACC.Cairo.Namun kekecewaan terasa kerana terdapat sedikit kekurangan disebabkn ruang yang sedia ada tidak mampu untuk menampung penuntut ilmu kitab ini.

Sungguh sedih...Namun bersyukur atas nikmat dan rahmat Allah seadanya.

Kesyukuran melebihi segala ucapan,kerana dalam usaha menjayakan program ini,terlalu getir program ini untuk berjalan lancar disebabkan pada peringkat permulaan pelacaran ini telah cuba disabotaj oleh pihak yang tidak mempunyai maruah.Alhamdulillah solat hajat dan doa munajat telah dimakbulkan Allah.

Amat terkilan dan terlukis luka dihati ini ialah kerana pihak yang tidak bertanggungjawab yang cuba menghentikan program ilmiah ini adalah dari ura ura kepimpinan kerajaan Malaysia yang mengaku umat yang memperjuangkan dan mempertahankan ugama Islam sebagai agamanya.

Ku cuba coretkan sedikit di sini berkenaan kontrovesi yang berlaku untuk kawan kawan memberi suntikan dan semangat serta komen dalam menghadapi segalanya dengan fikrah islamiah.
Iaitu program ilamiah yang diaturkan oleh barisan pimpinan pelajar Malaysia di Mesir yang berdaftar di bawah Republik Mesir dan kerajaan Malaysia dibantah oleh oleh kedutaan Malaysia.(JPMK)
1) Wajarkah pergolakan ditimbulkan oleh kedutaan Malaysia dalam perkara ilmiah seperti ini?
2) Apakah kesan terhadap pemikiran pelajar yang sekian lama menuntut ilmu di bumi anbi'a dalam perkara ini terhadap kepimpinan?
3) Apakah lagi kitab rujukan yang paling layak dipelajari selepas Al Qur'an selain kutub as Sittah(Al Hadis)?

Wallahu A'lam.