Saturday, October 17, 2009

Kedah Maju 2010 Ditunda Kedah Maju 2014

Errrrmm..17 OKT 2009..Lawatan exco kewangan negeri Kedah ke Cairo hari ini telah menghurai sebahagian kekusutan dalam minda pelajar Malaysia yang berasal dari negeri Kedah di Mesir ini,yang juga dikenali dengan gelaran Ardzu al Kinanah,yang membawa maksud Bumi Sumpahan.

Perasaan terharu menyelubungi hati hati ini setelah mendengar pembentangan hal kewangan kerajaan negeri Kedah.Namun wakil kerajaan negeri cuba untuk tidak menimbulkan sebarang reaksi tidak enak di fikiran maha siswa siswi di sini dengan menjelaskan perancangan masa depan kerajaan Kedah.

Walaupun ada beberapa sumber dari dalam negeri cuba untuk ditarik secara sedar ataupun tidak oleh Kerajaan Persekutuan seperti yang berlaku kepada kerajaan Kelantan,kerajaan Kedah adalah kerajaan yang ditadbir oleh pegawai yang telus dan amanah telah berjaya mengatur dan menyusun organisasi ini dalam merealisasikan Kedah Sejahtera.

Mengapa Kedah Maju 2010 tidak dapat dilaksanakan?

Ini kerana kerajaan sebelom Mac 2008 meninggalkan janji kemajuan negeri Kedah dari hasil penambahan hutang kepada Kerajaan Persekutuan.Dari maklumat yang diperolehi pada OKT 2009 hutang yang ditinggalkan oleh kerajaan Kedah sebelum Mac kepada kerajaan Kedah selepas Mac adalah bernilai rm2.3 bilion.

Oleh sebab inilah penyataan Kedah Maju 2010 ditunda Kedah Maju 2014.Amat membanggakan keterangan dan penjelasan yang dibuat oleh exco kewangan kerajaan negeri tentang usaha usaha kerajaan negeri dalam memajukan negeri Jelapang Padi.

Ucapan tahniah untuk barisan pimpinan kerajaan negeri Kedah dengan ucapan yang terulung,semoga mendapat pertolongan dan dipermudahkan urusan dalam pentdbiran hingga tertegak keadilan dan mendapat jolokan Negeri Yang Baik Dengan Tuhan Yang Maha Pengampun.sekian dulu.